Lawati FB SMKTLawati FB Kami

AKTIVITI KOKURIKULUM

User Rating:  / 0
PoorBest 

September 2018 :

PROGRAM  MEMASAK BUBUR ASYURA


TARIKH : 21 September 2018 (Jumaat)

TEMPAT : Surau SMK Temerloh

PENGLIBATAN : Kerjasama PIBG, Persatuan Pendidikan Islam dan unit kokurikulum

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Oleh itu, pihak sekolah tidak ketinggalan untuk meraikan hari asyura bersama pelajar-pelajar.

Program ini dilaksanakan atas kerjasama pihak PIBG, Persatuan Pendidikan Islam dan unit kokurikulum. Bagi melancarkan program ini, jawatankuasa majlis memasak asyura meminta bantuan pelajar dari tingkatan 4 Zuhal dan  4 Musytari untuk membantu guru dalam menyediakan bahan-bahan dan memasak bubur asyura. Bubur asyura yang siap dimasak telah dibahagikan kepada semua warga SMKT seebelum tamat waktu persekolahan. Semoga majlis seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun-tahun akan datang bagi mengeratkan ukwah silaturrahim antara guru dan pelajar malah mengekalkan tradisi umat Islam dalam memperingati Nabi Muhammad s.a.w. 


Ikatan ukwah terjalin antara guru dan pelajar

 

 

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2018_SAYANGI MALAYSIAKU


TARIKH : 14 September 2018

TEMPAT : Dataran Perhimpunan SMK Temerloh

PENGLIBATAN : Semua warga sekolah

 

SAYANGI MALAYSIAKU merupakan tema bulan kemerdekaan yang ke-61 bagi tahun 2018. Pada 14 September, pihak sekolah telah mengadakan sambutan penutupan bulan kemerdekaan bagi tahun 2018. Majlis ini dikelolai sepenuhnya oleh guru tingkatan 6 dan dibantu oleh jawatankuasa yang telah dilantik dan pelajar. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan bulan kemerdekaan dan sambutan hari Malaysia pada 16 September 2018. Disamping itu, majlis ini dilaksanakan bagi memupuk semangat patriotisme sayang akan negara, semangat hidup berbilang kaum dan menghargai jasa tokoh-tokoh negara.

Sepanjang sebulan selepas pelancaran bulan kemerdekaan, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan untuk memeriahkan bulan kemerdekaan di peringkat sekolah dengan penglibatan semua murid antaranya ialah menghias kelas bertemakan merdeka dengan menggunakan barang-barang kitar semula, pertandingan melukis poster, pertandingan kuiz oleh Kelab Sejarah dan sebagainya. Diharapkan agar, pihak sekolah akan sentiasa meraikan bulan kemerdekaan dengan lebih banyak aktiviti yang melibatkan kerjasama antara pelajar-pelajar itu sendiri dan program dikelolai sepenuhnya oleh pelajar-pelajar untuk melatih mereka  merancang dan melaksanakan sesuatu program besar di sekolah.

Barisan wira wirawati PKBM sebagai simbolik pejuang tanah air (kawad kaki)


Barisan koir tingkatan 6 (Bahtera Merdeka & Keranamu Malaysia)

 

GIMIK : Pelepasan burung sebagai simbolik kebebasan

Pejuang barisan hadapan SMKT (Nadi SMKT)

 

Program: Steam Challange Kolej Matrikulasi KPM Kebangsaan 2018 (kategori sekolah) 

Tarikh : 5 - 7 September 2018

Lokasi: Kolej Matrikulasi Teknikal (Kejuruteraan) Pahang, Bandar Tun Abd Razak Jengka, Pahang.

Projek : M-BOX 

Guru Pengiring : En Adzuan Fahmi Ahmed dan En. Abbas Abdul Jalil.     

Murid membuat viva Projek M-BOX

Murid membuat penerangan kepada juri pertandingan

 Hasil projek M-box dalam masa dua minggu 

 OGOS 2018 :

ACARA PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN 2018

PERINGKAT DAERAH TEMERLOH

DATARAN TEMERLOH ,31 OGOS 2018 -Badan Unit Beruniform KAPA telah dipilih untuk mewakili sekolah ke acara perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-61 2018 peringkat daerah Temerloh. Perbarisan dan perarakan ini telah diadakan di Dataran Temerloh.

Pasukan KAPA SMK Temerloh telah mendapat tempat ketiga kategori Badan Beruniform Sekolah dalam perbarisan tersebut. Tahniah dan syabas kepada semua guru dan murid yang terlibat.SMKT Boleh!!!

PASUKAN KAPA SMK TEMERLOH  

PENCAPAIAN : Tempat Ketiga Kategori Badan Beruniform Sekolah (KAPA)  

 

 

KURSUS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA DAERAH TEMERLOH

TARIKH : 29 - 30 Ogos 2018

TEMPAT : Kem PLKN Arena Resort Temerloh

PENYERTAAN : Peringkat daerah

KELAB/PERSATUAN : Kelab Kerjaya

 

TEMERLOH ;  Seramai enam orang murid perempuan tingkatan 4 telah dipilih untuk menyertai kursus pembimbing rakan sebaya anjuran GURU Kaunseling daerah Temerloh dan PPDT pada baru-baru ini. Kursus ini diadakan selama dua hari bertujuan melatih pembimbing rakan sebaya (PRS) sekolah dengan kemahiran-kemahiran asas PRS dalam membantu rakan rakan di sekolah.

  PELAJAR BERSAMA GURU KAUNSELING PN NORKAMSIAHTI BT OTHMAN 

 

PERTANDINGAN KALIMATUS SOBAH(BAHASA ARAB)

TARIKH: 29 Ogos 2018 (Rabu)

TEMPAT : SMKA Muadzam Shah, Pahang

PENYERTAAN : Peringkat negeri

PENCAPAIAN : Tempat ketiga   

PELAJAR :NURAINI AMIRA BT MOHD SHAHIDIN  

TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN !     

 

 PERBARISAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PAHANG/2018

TARIKH : 27 - 30 OGOS 2018

TEMPAT : Kuantan, Pahang

Kuantan ; SMKT telah diberi kepercayaan untuk menghantar 8 orang murid dari unit PKBM untuk menyertai Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang bagi tahun 2018. Murid kita telah diiringi oleh guru penasihat Pn. Fatimah bt Mohamad. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar terlibat dan guru pengiring atas komitmen cemerlang yang diberi. 

Pasukan PKBM Pahang_Perbarisan Hari Kebangsaan Negeri Pahang/2018

 

 

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SMK TEMERLOH 2018

JUMAAT, 17 OGOS 2018 -  SMK Temerloh telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdakan bagi meraikan bulan kemerdekaan bersama warga SMK Temerloh untuk menanamkan semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid.

Gimik pelancaran daripada murid berbilang kaum  

 

 

 

 Perasmian Pelancaran Bulan Kemerdekaan Oleh : Tuan Hj Basirun bin Abdullah Hasim   

 

 

PERTANDINGAN SENI KHAT SEKOLAH-SEKOLAH KPM

PERINGKAT DAERAH_2018

TARIKH : 14 Ogos 2018

TEMPAT : Perpustakaan Awam Temerloh

PENYERTAAN : Peringkat daerah

PENCAPAIAN : Naib johan

PENGLIBATAN : Persatuan Pendidikan Islam

 

TEMERLOH, 14 OGOS ; Satu Pertandingan Seni Khat telah diadakan di Perpustakaan Awam Temerloh. SMKT telah menghantar dua orang wakil pelajar iaitu Muhammad Faiq bin Hakimee bin Azizee dan Syahirah binti Md Jusoh. Muhammad Faiq telah dinobatkan naib juara bagi kategori lelaki manakala rezeki tidak berpihak kepada Syahirah yang hanya mendapat sijil penyertaan sahaja. Mereka telah dilatih dan diberi tunjuk ajar oleh dua orang guru yang berbakat iaitu En. Muhammad Abbas bin Abdul Jalil dan Ustazah Madiha bin Mustafar. Semoga kedua-dua permata SMKT ini akan terus menyerlah dan berjaya dengan hasil seni khat mereka pada masa akan datang. 

NAIB JOHAN SENI KHAT KATEGORI LELAKI_MUHAMMAD FAIQ (2 CEKAL)

SEMARAK JAWI_TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PESERTA

 


 JULAI 2018 :     

PERTANDINGAN KOAKADEMIK BAHASA MELAYU PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

TARIKH : 25 hingga 27 Julai 2018

TEMPAT : Dewan Bahasa dan Perpustakaan Kuala Lumpur

PESERTA : Forum Remaja

GURU PENGIRING : Cik Masniza Bt Abd Rahman dan Pn. Rohana bt Husin

PENCAPAIAN : Peringkat separuh akhir  

 

KUALA LUMPUR - Sekolah kita telah terpilih untuk mewakili negeri Pahang bagi pertandingan FORUM REMAJA peringkat Kebangsaan. Pasukan Formum kita telah berentap dengan Pasukan Sarawak dan Pasukan Melaka. Sekolah kita telah menghantar wakil FORUM REMAJA yang terdiri daripada pelajar PRA-U iaitu : 

1. Panel pertama - Mohamad Shukri bin Harumi (6AV) 

2. Panel kedua - Ahmad Mujahit bin Ahmad Nizam (6AO) 

3. Panel ketiga - Ana Nadirah bt Zulkifle (6AV) 

4. Pengerusi - Nurul Nadirah bt Nafrizon (6AD) 

5. Simpanan - Fasihah Aina bt Mohd Rodi (6RV)   

HEBAT!!!-Peserta FORUM mewakili Pahang ke Peringkat Kebangsaan  

 Pencapaian : Separuh akhir setelah berentap dengan penuh bersemangat

 

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIFORM PKBM PERINGKAT KEBANGSAAN

TARIKH :22 hingga 28 Julai 2018

TEMPAT : Kem Batu 5 Mentakab

PENGLIBATAN : Kontijen Pahang

PENCAPAIAN : Johan

 

TEMERLOH - Perkhemahan ini telah diwakili oleh seorang pelajar lelaki iaitu Muhammad Hafizan bin Arifin pelajar T5 dan tiga pelajar perempuan iaitu Nurul Shakila bt Shuaimee (T4) Nur Aliah Maisarah bt M. Yusuf (T3) dan Nur Athirah Rusyhdina bt M. Azahar (T3). Kontijen Pahang telah memenangi JOHAN keseluruhan dalam perkemahan ini. Guru penasihat yang setia memberi sokongan pada pelajar kita ialah En. Abdul Rahman dan Pn. Fatimah.

Kontijen PKBM Pahang

Mohamad Hafizan telah menunjukkan pencapaian cemerlang apabila telah memenangi tiga kategori :

1. Johan - Kawad pandu arah

2. Tempat ke-3 : Menembak 

3. Tempat ke-3 : Merentas halangan      

Syabas dan tahniah diucapkan atas komitmen yang diberikan oleh kontijen PKBM (Bitara SMKT)  

 

 KONTIJEN PKBM PAHANG  WIRA WIRAWATI BERSAMA PK KOKURIKULUM DAN GURU PENASIHAT  SEGAK BERGAYA

Wira Muhammad Hafizan, wirawati Nur Athirah Rusyhdina, wirawati Nur Aliah Maisarah dan wirawati Nurul Shakila    

 

Santai Seni_Program Ahli Parlimen Temerloh/MPT 

TARIKH : 14 Julai 2018

TEMPAT : Bandar Temerloh

PENYERTAAN : Peringkat daerah

TEMERLOH, 14 JULAI ; SMKT telah menghantar lima orang murid untuk menyertai program Santai Seni anjuran program ahli parlimen Temerloh yang diadakan baru-baru ini. Pelajar Norfatihah dan Arifuddin telah berduet untuk menyampaikan persembahan lagu rakyat bertemakan lagu 'Seloka Pak Kaduk' manakala pelajar lain pula menyampaikan persembahan syair dan gurindam.

 

ENGLISH DRAMA COMPETITION  

TARIKH : 13 Julai 2018

TEMPAT : PPD Temerloh

PENYERTAAN : Peringkat Daerah

PENCAPAIAN : Penyertaan

PESERTA : 16 orang murid

PERSATUAN/KELAB : Bahasa Inggeris

GURU PENASIHAT : Pn On Chi Hui dan Pn Suzunulliza bt Md Shah

Sesi latihan 'English Drama Competition' peringkat daerah_2018

 

 LESTARI BAHASA PERINGKAT NEGERI PAHANG

TARIKH : 12 Julai 2018

TEMPAT : SMK Seri Bera, Bera Pahang

PENYERTAAN : Peringkat negeri

PENCAPAIAN : Johan pidato remaja dan penyertaan shahiba

GURU PENGIRING : Cik Masniza bt Abdul Rahman dan Pn. Normala bt Yunus

 

BERA, 12 JULAI - Persatuan Bahasa Melayu telah menghantar wakil Forum Remaja dan wakil Shahiba untuk menyertai pertandingan forum dan shahiba bagi Lestari Bahasa Peringkat Negeri Pahang. Pasukan Forum Remaja kita telah dinobatkan sebagai JOHAN dan terpilih mewakili negeri Pahang untuk pertandingan peringkat Kebangsaan. Pasukan Forum Remaja ini telah dilatih dan diasah bakat mereka oleh guru penasihat yang berdedikasi dan berkebolehan iaitu Pn. Rohana bt Mohd Husin dan Pn. Hjh Hasnani bt Hassan. Bagi pasukan shahiba, rezeki tidak berpihak kepada mereka dan hanya mendapat sijil penyertaan sahaja. Pasukan shahiba ini telah dilatih oleh Pn. Normala binti Yunus.


Panel Terbaik - Ahmad Mujahid bin Ahmad Nizam (kanan)

 

Peserta shahiba bersama guru penasihat Pn. Normala bt Yunus

 

KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN KELAB 1 MALAYSIA


TARIKH : 11 Julai 2018

TEMPAT : Dewan Dato Norzan SMKT

ANJURAN : Kelab 1 Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Temerloh

 

KEJOHANAN CATUR MSSP/2018

TARIKH :02 - 05 Julai 2018

TEMPAT : Maran, Pahang

PENCAPAIAN : Penyertaan

PENYERTAAN : Peringkat negeri

PESERTA : Siti Nor Elya Elyana bt Abdullah

GURU PENGIRING : En. Hisammuddin bin Ibrahim

TAHNIAH ADIK SITI NOR ELYA ELYANA

 

 


JUN 2018 :

MESYUARAT KOPERASI PERINGKAT SEKOLAH/2018

27 JUN 2018_DEWAN  DATO' NORZAN SMK TEMERLOH

 

Penghargaan kokurikulum daripada pihak PIBG 

SMK TEMERLOH - Atas keperhatinan, pihak PIBG telah menyumbang hadiah sebagai tanda penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dan menunjukkan prestasi yang baik dalam bidang kokurikulum. Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk sepasang kasut berjenama bagi. Sumbangan ini disampaikan di tapak perhimpunan bagi memberi inspirasi kepada murid-murid lain untuk bergiat aktif dalam bidang kokurikulum.

 

 Pemain bola jaring (B18) peringkat kebangsaan

 

Pemain bola jaring (B18) peringkat negeri 

 

 KEJOHANAN MEMANAH MSSD TEMERLOH/2018


TARIKH : 28 Jun 2018

TEMPAT : SMK Bukit Damar, Lancang

PENCAPAIAN : Johan L15 tahun

PENYERTAAN : Peringkat daerah

SUKAN/PERMAINAN : Sukan Memanah

GURU PENGIRING : En. Abdul Rahman bin Ibrahim 

                           : Pn. Husnidar bt Hamid @ Yusoff

SMK Bukit Damar, 28 Jun ; Kejohanan Memanah MSSDT 2018 telah diadakan. SMKT telah menghantar seramai 7 orang peserta yang terdiri daripada 6 pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan. Adik Aiman Shakir (3 Cekal) telah merangkul Johan bagi kategori lelaki B15 tahun dan telah terpilih untuk mewakili daerah Temerloh ke pertandingan peringkat negeri di Kuantan,Pahang.

 Peserta bersedia untuk memulakan perlawanan

 JOHAN LELAKI B15 TAHUN_ AHMAD SYAKIR

Peserta perempuan memanah MSSDT/2018

 

 


 MEI 2018 :

PERKHEMAHAN PKBM PERINGKAT NEGERI/2018


TARIKH : 07 - 15 Mei 2018

TEMPAT : Kem RRD Batu 5, Mentakab Pahang

PENYERTAAN : Peringkat Negeri

PENCAPAIAN : Naib Johan

UNIT UNIFORM : PKBM

PESERTA : 15 orang

GURU PENGIRING : En. Abdu Rahim bin Mat Pilus

                           : En. Abdul Rahman bin Ibrahim

                           : Pn. Fatimah bt Mohamad

                           : Cik Masniza bt Abdul Rahman

KEM RRD BATU 5 ; Pasukan PKBM telah menghantar seramai 15 orang peserta untuk menyertai perkhemahan PKBM peringkat negeri pada baru-baru ini. Peserta perkhemahan terdiri daripada 4 orang pelajar lelaki dan 11 orang pelajar perempuan sari tingkatan 5, tingkatan 4 dan tingkatan 3. Pasukan SMKT yang mewakili daerah Temerloh telah menjadi naib johan kerana telah tewas dengan pasukan PKBM dari SMK Mengkarak yang mewakili daerah Bera. Empat orang peserta PKBM SMKT telah terpilih untuk menyertai perkhemahan peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Julai nanti. Peserta yang terpilih ialah Muhammad Hafizan b Arifin (T5), Nurul Shakila bt Shuaimee (T4) Nur Aliah Maisarah bt M. Yusuf (T3) dan Nur Athirah Rusyhdina bt M. Azahar (T3).

PERKHEMAHAN PKBM PERINGKAT NEGERI

 

KARNIVAL SENI BAHASA MELAYU PERINGKAT NEGERI PAHANG

TARIKH : 2 - 3 Mei 2018

TEMPAT : Kuala Lipis, Pahang

PENYERTAAN : Peringkat Negeri

PENCAPAIAN : Saguhati

PESERTA : Siti Nor Atirah bt Shajuddin_5 Beta

GURU PENGIRING : Pn. Hjh Hasnani bt Hassan

PENYAMPAIAN HADIAH DARIPADA PIHAK PIBG

 

KEJOHANAN TAEKWANDO (WTF) SIRKIT KORYO ANTARA NEGERI

TARIKH : 01 Mei 2018

TEMPAT : Dewan SMK Agama Maahad Hamidiah, Kajang Selangor

PENYERTAAN : Peringkat Kebangsaan

PENCAPAIAN : 1 pingat EMAS

                        : 1 pingat GANGSA

UNIT UNIFORM : Taekwando

GURU PENASIHAT : En. Mohd Shakib bin Baharudin

Pasukan taekwando sekolah merupakan salah satu unit beruniform bitara sekolah. Pasukan taekwando seringkali menyertai pelbagai jenis pertandingan sehingga ke peringkat kebangsaan. Kejayaan yang sering dikecapi adalah hasil usaha yang jitu daripada peserta-peserta dan disokong kuat oleh guru penasihat mereka sendiri iaitu En. Mohd Shakib yang sering merebut peluang untuk menghantar pelajar ke setiap pertandingan yang diadakan sepanjang tahun. Saudari Nurdiana Natasha bt Ahmad Suhairi (tingkatan 3 Cekal) telah dinobatkan sebagai pemenang pingat emas dan saudari Puteri Nurin Syahindah bt Ahmad Zuhri (tingkatan 2 Gigih) telah mendapat pingat gangsa dalam pertandingan WTF/2018 ini.

ATLET EMAS DAN GANGSA TAEKWANDO WTF_2018

 

PERLUMBAAN LARIAN BERGANTI-GANTI JALAN RAYA KEBANGSAAN

BANDAR TEMERLOH KALI KE-17, 2018

TARIKH : 01 Mei 2018

TEMPAT : Dataran Bandar Temerloh

PENYERTAAN : Peringkat Kebangsaan

GURU PENGIRING : En. Abdul Rahman bin Ibrahim

                           : Pn. Fatimah bt Mohamad

SMKT telah menghantar 30 pasukan larian berganti-ganti yang terdiri daripada 5 orang murid setiap pasukan. Pihak penganjur telah menyediakan pengangkutan bas bagi pelajar-pelajar asrama yang terlibat manakala pelajar luar akan dihantar oleh ibu bapa mereka di dataran sebelum sesi perlumbaan bermula. Perlumbaan ini adalah kerjasama antara Majlis Sukan Pahang, Majlis Pembandaran Temerloh (MPT), Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh (PPDT), Tourism Pahang Malaysia dan Persatuan Olahraga Daerah Temerloh(POAI). Kesemua pasukan sekolah kita tidak mendapat sebarang pingat dan hanya mendapat sijil penyertaan peringkat kebangsaan sahaja. Diharapkan, pihak sekolah akan terus menyertai kejohanan besar seperti ini pada tahun-tahun akan datang bagi membolehkan murid terlibat dengan kejohanan besar.

 

 

 

 


APRIL 2018: 

LAWATAN KELAB PNB KE LANGKAWI & UUM

TARIKH :27 - 30 April 2018

TEMPAT : Langkawi, Kedah

PENYERTAAN : Peringkat Kebangsaan

KELAB/PERSATUAN : Kelab PNB

GURU PENGIRING : 1. Pn. Khair Al-Nisa bt Rosli

                             2. Pn. Norhidayah Fadillah bt Kia

                             3. Pn. Normala bt Yunus

                             4. Pn. Humaira bt Daud

Kelab PNB sekolah merupakan kelab yang bergiat aktif bersama agensi luar Permodalan Nasional Berhad. Kelab PNB mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan murid kerana banyak informasi dan aktiviti menarik yang diperolehi dengan menyertai Kelab PNB sekolah. Kelab ini dikelolai oleh guru-guru yang berkomitmen tinggi iaitu Pn.Khair Al-Nisa bt Rosli, Pn. Norhidayah Fadillah bt Kia dan Pn. Normala bt Yunus. Baru-baru ini, Kelab PNB telah mengadakan lawatan sambil belajar ke UUM dan Langkawi selama tiga hari dua malam. Seramai 40 orang murid dan empat orang guru pengiring telah menyertai lawatan ini. 

 

 LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE UUM

 

 LAWATAN KE GUA KELAWAR, KEDAH

 

FUN CHAMP PANDU PUTERI TEMERLOH/2018

TARIKH : 26 - 27 April 2018

TEMPAT : PLKN Arena Resort, Kuantan Pahang

UNIT UNIFORM : Persatuan Pandu Puteri

PENYERTAAN : Peringkat Daerah

PESERTA : 8 orang murid

GURU PENGIRING : Pn. Salmiyah bt Rani

                           : Pn. Shalihah bt Md Desa

                           : Pn. Zaiyawati bt Kamarudin

PLKN Arena Resort ; Persatuan Pandu Puteri sekolah, telah menghantar 8 orang murid dari tingkatan 1 dan tingkatan 2 untuk menyertai Fun Champ Pandu Puteri Temerloh yang diadakan di Kuantan. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan untuk memperkembangkan bakat dan idea murid-murid dalam setiap aktiviti. Selain itu, perkhemahan ini juga bertujuan untuk melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berwibawa dan menjalankan tugas dengan baik. Perkhemahan ini telah disertai oleh sekolah-sekolah menengah daerah Temerloh. Semoga perkhemahan seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang dengan lebih ramai penglibatan atau ke peringkat yang lebih tinggi.

AKTIVITI MEMPERAGAKAN PAKAIAN

AKTIVITI REKACIPTA BEG SANDANG MENGGUNAKAN BAJU TERPAKAI

HASIL KREATIF BEG SANDANG BAJU TERPAKAI

 

JAMBORI PENGAKAP PAHANG

TARIKH : 23 - 30 April 2018

TEMPAT : Kem Tengku Mahkota Bandar Jengka, Pahang

PENYERTAAN : Peringkat Antarabangsa

UNIT UNIFORM : Persekutuan Pengakap Malaysia

PESERTA : Mohd Alif Najmi bin Rosli (T5)

GURU PENASIHAT : En. Arif Rozikiin bin Abdul Razak

                           : En. Mohd Shukor bin Awang

                           : En. Mohd Asri bin Bahari

JEMBORI PENGAKAP PAHANG_ANTARABANGSA

 

 KARNIVAL BAHASA MELAYU DAERAH TEMERLOH/2018

TARIKH : 26 April 2018

TEMPAT : SK KG Tengah, Temerloh

PENYERTAAN : Peringkat daerah 

PENCAPAIAN : Johan Pidato

PERSATUAN/KELAB : Persatuan Bahasa Melayu

GURU PENGIRING : 1. Cik Nor Akma bt Mohd

                             2. Cik Masniza bt Abd. Rahman

SK KG TENGAH, 26 APRIL; Karnival Bahasa Melayu Daerah Temerloh telah diadakan bagi tujuan melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan memantapkan diri untuk berjaya dengan lebih cemerlang. Persatuan Bahasa Melayu sekolah telah menghantar seorang wakil pelajar untuk menyertai pertandingan pidato. Saudari Siti Nor Atirah bt Shajuddin_5 Beta telah dinobatkan sebagai JOHAN PIDATO 2018. Atas komitmen yang tinggi, saudari Atirah telah dipilih untuk mewakli peringkat negeri. Mutiara bersinar ini telah digilap oleh individu yang cemerlang seperti Pn. Hasnani bt Hassan dan Pn. Rohana bt Mohd Husin yang memberikan sepenuh tenaga dalam komitmen yang telah diamanahkan untuk mengharumkan nama sekolah.

Sebagai johan daerah, saudari Siti Nor Atirah telah diberikan amanah untuk mewakili daerah Temerloh untuk pertandingan ke peringkat Negeri yang diadakan di Kuala Lipis pada bulan Mei nanti..

TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN


     PEMIDATO TERBAIK DAERAH TEMERLOH/2018

 

KEJOHANAN PETANQUE MSSDT/2018

TARIKH : 17 - 19 April 2018

TEMPAT : Kubang Gajah Temerloh

PENYERTAAN : Peringkat daerah

SUKAN/PERMAINAN : Petanque

PENCAPAIAN : 1. Naib Johan (BP15)

                      2. Keempat (B18) 

                      3. Keempat (PL18)

Pasukan petanque telah menghantar 28 orang murid untuk menyertai kejohanan petanque peringkat daerah di Kubang Gajah Temerloh. Pasukan ini telah membuat latihan selama dua minggu pada setiap petang. Pasukan SMKT telah menunjukkan semangat berpasukan yang baik. Pasukan ini telah dibimbing oleh Pn. Nor Huda bt Mohd Daud, Pn. Salmiyah bt Rani, Pn. Norashikin bt Maskam dan Pn. Zarina bt Ibrahim.

 

Penyampaian hadiah kepada pemenang di tapak perhimpunan

 

KEJOHANAN BOLA JARING MSSDT/2018

TARIKH : 17 - 19 April 2018

TEMPAT : SMK Seberang Temerloh

PENYERTAAN : Peringkat daerah

PENCAPAIAN : Kategori B18 (suku akhir)

                    : Kategori B15 (Naib johan kumpulan)

SUKAN/PERMAINAN : Bola Jaring

GURU PENASIHAT : 1. Cik Masniza bt Abd Rahman

                             2. Cik Nor Hasanah bt Jamalluddin

                             3. Pn. Rabiah bt Ismail

PASUKAN BOLA JARING B15_MSSDT/2018 

PASUKAN BOLA JARING B18_MSSDT/2018

 

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD TEMERLOH 2018_BAWAH 18

TARIKH : 16 - 20 April 2018

TEMPAT : SMK Seberang Temerloh

PENCAPAIAN : Penyertaan

PENYERTAAN : Peringkat daerah

SUKAN/PERMAINAN : Bola Sepak

GURU PENASIHAT : 1. En. Yusri bin Shapei

                             2. En. Muhamad Arbain bin Ismail

Pasukan bola sepak sekolah telah menghantar 18 orang murid yang terdiri daripada 15 orang murid tingkatan 5 dan 3 orang murid tingkatan 4 ke Kejohanan Bola Sepak MSSDT/2018. Pasukan sekolah tidak berpeluang untuk mara ke suku akhir. Semoga pasukan bola sepak SMKT akan beraksi lebih tangkas dan bertenaga dalam kejohanan akan datang. 


PASUKAN BOLA SEPAK B18_MSSDT / 2018

 

KEJOHANAN CATUR MSSD TEMERLOH 2018

 TARIKH : 10 - 12 April 2018

TEMPAT : Dewan Panglima Perang, SMK Datuk Bahaman, Lancang

PENCAPAIAN : Tempat ke-3 (kategori P18)

SUKAN/PERMAIAN : Kelab Catur

GURU PENASIHAT : En. Hisammuddin bin Ibrahim

JURULATIH : Pn. Hjh hasnani bt Hassan dan Pn. Normala bt Yunus

LANCANG ; seramai 12 orang murid telah menyertai Kejohanan Catur MSSDT/2018. Peserta terdiri daripada enam murid lelaki dan enam murid perempuan. Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari ini telah membuahkan hasil apabila saudari Siti Nor Elya Elyana bt Abdullah telah mendapat tempat ketiga bagi kategori P18 tahun. Manakala murid lain hanya mendapat sijil penyertaan. 

TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA PEMENANG

TEMPAT KETIGA KEJOHANAN CATUR MSSD TEMERLOH

 

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD TEMERLOH B15 

TARIKH : 09 - 12 April 2018

TEMPAT : SMK Seberang Temerloh

PENCAPAIAN : Naib Johan

GURU PENASIHAT : En. Muhamad Arbain bin Ismail & En. Yusri bin Shapei

Kejohanan Bola Sepak MSSDT semestinya menjadi rebutan pelajar lelaki untuk mewakili sekolah. Guru penasihat yang dikelolai oleh En. Arbain dan En.Yusri telah membuat latihan setiap petang di padang sekolah dan membuat pemilihan pelajar untuk membina sebuah pasukan bola sepak yang mantap. Kretirea pemain yang dipilih ialah pelajar yang memberikan komitmen penuh setiap kali latihan dan mempunyai stamina yang kuat.

Pasukan sekolah telah berjaya ke peringkat akhir menentang pasukan SMK Seberang Temerloh (SMKT vs SMKSSP). Tahun ini, rezeki tidak memihak kepada pasukan sekolah apabila tewas dengan SMKSSP 0-6. Pasukan sekolah telah  kalah dengan bermaruah kerana menentang sekolah SMKSSP dengan  sepenuh tenaga dan kerja berpasukan yang sangat baik. 

PASUKAN BOLA SEPAK BAWAH 15_MSSDT/2018

 


 MAC 2018 :

PERKHEMAHAN PERDANA UNGGUN 9


SMK TEMERLOH , 30-31 MAC ; Perkhemahan Unggun 9 telah diadakan di tapak perkhemahan SMK Temerloh. Perkhemahan ini merupakan aktiviti tahunan yang  disertai oleh 11 unit uniform iaitu Pengakap, Kadet Polis, Kadet Remaja sekolah,Kadet Pertahanan Awam, PKBM, PBSM, Kadet Bomba, Persatuan Pandu Puteri, Persatuan Puteri Islam, Pencak Silat dan Taekwando. Perkhemahan ini boleh disertai oleh semua murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5, manakala pelajar tingkatan 6 akan menjadi fasilitator/pembantu guru bagi melancarkan semua aktiviti sepanjang perkhemahan ini diadakan. 

Pelbagai aktiviti atau pertandingan telah dijalankan sepanjang perkhemahan ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :

1. Pertandingan hiasan khemah

2. Pertandingan membina gajet

3. Pertandingan ikhtiar hidup 

4. Pertandingan pakaian uniform lengkap /perbarisan

5. Pertandingan malam kebudayaan

6. Aktiviti pertolongan cemas 

7. Aktiviti ikatan dan simpulan oleh Unit JPAM Temerloh

Objektif perkhemahan ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama berpasukan, melahirkan murid yang berdisiplin, bertanggungjawab, menepati masa dan belajar menjadi pemimpin dalam melaksanakan program. Diharapkan supaya perkhemahan seperti ini dapat diteruskan dan disertai lebih ramai murid bagi melahirkan murid yang serba boleh dan berwawasan. -MAJU TERUS MARA-

 

 PASUKAN KADET BOMBA

 PERSATUAN PUTERI ISLAM

 PASUKAN PENGAKAP - NAIB JOHAN UNTUK PERTANDINGAN MENGHIAS KHEMAH DAN MEMBINA GAJET 

 PERTANDINGAN IKHTIAR HIDUP _MENU MASAKAN BERUNSURKAN HERBA, ULAM-ULAMAN

 AKTIVITI IKATAN DAN SIMPUALAN OLEH JPAM TEMERLOH

 SESI PERTOLONGAN CEMAS MENGIKAT ANDUH

       BARISAN GURU UNGGUN IKHTIAR HIDUP

 

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD TEMERLOH 2018

TARIKH : 12-15 Mac 2018

TEMPAT : Sekolah Sukan Pahang, Seberang Temerloh

PENCAPAIAN : 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa

SUKAN/PERMAIAN : Kelab Olahraga

GURU PENASIHAT : En. Abdul Rahman, En, Arbain, Pn. Fatimah dan Pn. Rajwana

PENYERTAAN : 55 orang murid (acara balapan dan acara padang)

Atlet balapan sekolah yang telah menyumbang pingat emas pada kejohanan ini ialah Muhammad Hafizan bin Ariffin (5 Jupiter) dan Norsyahirah binti Sammuero (5 Jupiter)


PEMENANG PINGAT EMAS DALAM ACARA BALAPAN

Pihak sekolah juga telah dilantik oleh pihak pengurusan kejohanan olahraga tahun ini sebagai jawatankuasa rekod, perangkaan, dan keputusan olahraga MSSDT/2018. Kepakaran guru-guru dalam bidang teknologi telah memberikan kaedah terbaru untuk memaparkan pungutan pingat secara terus di skrin television, membuat perangkaan pertandingan dan mengumpulkan rekod dengan lebih sistematik dan cekap.


 JAWATAN KUASA REKOD, PERANGKAAN DAN KEPUTUSAN OLAHRAGA MSSDT 2018

 

 MTQ & FESTIVAL NASYID PERINGKAT DAERAH TEMERLOH 2018

SMK TEMERLOH JAYA, 07 MAC ; Saudara Muhammad Al-haziq Shahiran bin Mohd Shahari dan saudari Diana Assyafiqah binti Miasin telah mewakili SMKT sebagai peserta syarahan dan hafazan dalam Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Daerah Temerloh 2018.

Mutiara kita ini telah mendapat sentuhan daripada Ustazah Madiha bt Mustafar dan Ustazah Naemah bt Ibrahim untuk berjaya ke peringkat lebih tinggi. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi kedua-dua wakil sekolah kita kerana tidak berjaya memenangi sebarang tempat utama dan cuma mendapat sijil penyertaan sahaja. Tahniah dan teruskan usaha untuk terus berjaya pada masa akan datang. -Usaha Tangga Kejayaan-


Saudari Diana & Saudari Al-Haziq bersama mentor Ustazah Naemah 

 

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2018

SMK TEMERLOH, 01 MAC 2018 ; Acara wajib setiap tahun bagi SMK Temerloh yang diadakan untuk melahirkan murid-murid yang sihat, cergas dan berdaya saing untuk merebut gelaran juara dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingan selepas aktiviti sukan tara pada bulan Januari yang lalu. Kejohanan sukan tahunan kali ini telah dijuarai oleh Rumah Temenggung (Merah), naib johan disandang oleh Rumah Bendahara (Kuning), tempat ketiga dimenangi oleh Rumah Laksamana (Biru) dan tempat keempat Rumah Syahbandar (Hijau).

Sebelum acara sukan tahunan sekolah dijalankan, aktiviti sukan tara dan sukan awalan akan dilaksanakan terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dalam empat acara sukan tara iaitu acara lontar peluru, acara lompat jauh, acara lompat tinggi dan acara larian 100m. Setiap penglibatan murid akan dikira markah untuk rumah sukan masing-masing.

Sukan awalan pula dilaksanakan bagi mencari gelaran juara dalam kalangan murid yang berjaya ke peringkat separuh akhir dalam keempat-empat acara sukan tara. Setiap rumah sukan perlu menghantar dua orang wakil bagi setiap kategori untuk menyertai sukan awalan. Semangat yang jitu dan daya saing yang tinggi telah melahirkan ramai atlet olahraga dan atlet acara padang yang akan mewakili sekolah ke Kejohanan Olahraga MSSDT tahun 2018. 


 JOHAN SUKAN TAHUNAN 2018 _ RUMAH TEMENGGONG


NAIB JOHAN SUKAN TAHUNAN_RUMAH BENDAHARA


 TEMPAT KETIGA SUKAN TAHUNAN_RUMAH LAKSAMANA


TEMPAT KEEMPAT SUKAN TAHUNAN_RUMAH SYAHBANDAR

 ACARA BALAPAN 100M LELAKI C

 


 FEBRUARI 2018 :     

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSP 2018

TARIKH : 27 Febuari -02 Mac 2018

TEMPAT : Bentong, Pahang

PENCAPAIAN : Lelaki B18 - Ketiga

                   : Lelaki B15 - Suku Akhir

BENTONG ; Tiga orang murid telah terpilih untuk mewakili sekolah ke peringkat MSSP yang diadakan di Bentong, Pahang. Pasukan Temerloh telah berjaya merangkul tempat ketiga bagi kategori B18 tahun dan pasukan B15 tahun hanya berjaya ke peringkat suku akhir. Peserta yang terlibat terdiri daripada Mohd Syahir bin Abdul Razak (L18), Muhammad Irman (L15) dan Muhammad Fathul Aiman bin Mohd Faiszal (L15).  Komitmen dan kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh peserta sangat baik dan menggalakkan. Semoga wakil sekolah akan terus cemerlang dalam bidang kokurikulum.

Sementara itu, Mohd Syahir telah terpilih untuk menyertai pasukan Pahang untuk ke peringkat kebangsaan di Kluang, Johor. Syabas dan tahniah diucapkan atas pencapaian cemerlang yang ditunjukkan kerana berjaya mengharumkan nama sekolah ke peringkat kebangsaan.


PERSEDIAAN TERAKHIR PASUKAN PAHANG SEBELUM PERTANDINGAN 

 

MTQSS & FESTIVAL NASYID TEMERLOH

SMK SERI TUALANG , 27 FEB : Pihak sekolah telah menghantar beberapa orang murid untuk menyertai  pertandingan dalam program MTQSS dan Festival Nasyid (FNSS) peringkat Zon Temerloh yang telah berlangsung baru-baru ini. Murid kita telah menunjukkan prestasi yang baik dan memenangi beberapa kategori yang telah dipertandingkan antaranya ialah :

1. Syarahan Lelaki = Naib Johan

    Muhammad Al-Haziq Shahiran bin Mohd Shahari (5 Jupiter)

2. Hafazan Perempuan = Naib Johan

    Diana Assyafiqah binti Miasin (4 Beta)

3. Tilawah Lelaki = Tempat Ketiga

    Muhammad Arifuddin bin Khairul Anuar (5 Beta)

Atas kejayaan yang telah dinobatkan sebagai naib johan, saudara Al-Haziq dan saudari Diana Assyafiqah telah diberikan amanah untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah yang akan berlangsung pada bulan 3 ini. Manakala Muhammad Azib bin Zakaria dan Farhah Syamina bt Mohamed hanya mendapat sijil penyertaan dalam pertandingan ini. Pasukan MTQSS sekolah telah dibimbing oleh tiga guru penasihat yang terdiri daripada Ustazah Naemah, Ustazah Shahidah dan Ustazah Madiha


 Saudara Arifuddin (dua dari kiri), saudara Al-Haziq (tiga dari kiri) dan saudari Diana (kanan sekali)

 

KEJOHANAN PING PONG PERINGKAT DAERAH TEMERLOH

TARIKH : 06 - 08 Febuari 2018

TEMPAT : Dewan SJKC Khee Chee

PENCAPAIAN : Penyertaan

SUKAN/PERMAINAN : Kelab Ping Pong

GURU PENASIHAT : Pn. On Chi Hui

Kejohanan ini telah disertai oleh 7 orang murid kategori perseorangan lelaki B15 dan beregu B18 tahun. Kemenangan kali ini masih tidak berpihak kepada pasukan sekolah kita. Diharapkan pemainan-pemain ping pong wakil sekolah terus meningkatkan usaha untuk mencapai kemenangan pada masa akan datang.


PASUKAN PING PONG LELAKI B15 DAN B18 TAHUN

 

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT DAERAH TEMERLOH

TARIKH : 06 - 08 Febuari 2018

TEMPAT : Dewan Gudang Beras Temerloh

PENCAPAIAN : Tempat ke-3 : Lelaki B15

                    : Tempat ke-4 Lelaki B18

SUKAN/PERMAINAN : Kelab Sepak Takraw

GURU PENASIHAT : En. Ahmad Zaki bin Abdullah

                           : En. Mohd Shukor bin Awang

                           : En. Hj Mohd Nawawi bin Abdul Hamid

Pasukan sekolah kita telah menghantar wakil dua pasukan bagi kategori B15 dan B18. Hasil penat lelah murid-murid menjalani latihan pada sebelah petang telah membuahkan hasil apabila merangkul tempat ke-3 bagi kategori lelaki B15 dan ke-4 bagi kategori lelaki B18 tahun. Selain itu, tiga orang murid sekolah kita telah terpilih untuk mewakili daerah Temerloh ke peringkat negeri Pahang iaitu Mohd Syahir bin Abdul Razak (L18), Muhammad Irman Shah_1Bakti (L15) dan Muhammad Fathul Aiman bin Mohd Faiszal_3Bakti (L15)


PASUKAN SEPAK TAKRAW SMK TEMERLOH B15 DAN B18

 

 KEJOHANAN BOLA BALING MSSDT 2018

TARIKH : 06 - 08 Febuari 2018

TEMPAT : SMK Seri Tualang, Temerloh

PENCAPAIAN : Suku Akhir (P/Lelaki B18)

                    : Penyertaan (P/Perempuan B18)

SUKAN/PERMAINAN : Kelab Bola Baling

GURU PENASIHAT : Pn. Noor Afwani bt Hasan

                           : Pn. Nik Nurul Adila bt Nik Yahya

SMK Seri Tualang ; Kejohanan bola baling MSSDT telah berlangsung baru-baru ini. Sekolah telah menghantar dua pasukan untuk menyertai kejohanan ini iaitu pasukan lelaki B18 dan pasukan perempuan B18. Pasukan ini telah dilatih oleh guru penasihat Cikgu Afwani dan Cikgu Nik Adila yang banyak memberi dorongan dari segi mental dan fizikal murid untuk berentap dengan pasukan lain. Pasukan lelaki B18 sekolah telah berjaya sehingga ke peringkat suku akhir dan nasib tidak menyebelahi pasukan perempuan B18 untuk terus mara dalam kejohanan ini. Diharapkan agar pasukan kita lebih bertenaga dan berdaya saing pada kejohanan tahun 2019 bagi mengharumkan nama sekolah.

PASUKAN BOLA BALING_LELAKI B18 

                           

 


JANUARI 2018 :

KEJOHANAN SOFBOL MSSDT/2018

TARIKH : 29 - 31 Januari 2018

TEMPAT : KV Temerloh

PENCAPAIAN : 1. Pasukan Lelaki - Suku Akhir

                      2. Pasukan Perempuan - Penyertaan

SUKAN/PERMAINAN : Kelab Sofbol

GURU PENASIHAT : Pn. Che Hazilah Aini bt Che Mohd Razali

                           : Pn. Noor Azila bt Abdullah

                           : Pn. Zaiyawati bt Kamarudin

JURULATIH : En. Muhamad Arbain bin Ismail 

 

Kejohanan sofbol MSSDT telah diadakan di KV Temerloh baru-baru ini. SMKT telah menghantar pasukan sofbol lelaki dan pasukan sofbol perempuan. Pasukan ini telah membuat latihan selama dua minggu sebelum kejohanan yang dilatih oleh Cikgu Arbain pada sebelah petang di padang sekolah SMKT. Pasukan sofbol lelaki telah berjaya mara hingga ke peringkat suku akhir tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan sofbol perempuan yang hanya berkesempatan untuk bermain sekali sahaja apabila kalah dengan pasukan lawan. 

Kecekalan pasukan sekolah sangat memberangsangkan apabila masih bertenaga menentang pihak lawan walaupun bermain dalam hujan. Pada masa akan datang, pasukan sofbol perlu lebih bergiat aktif dan menjalankan latihan sepanjang tahun bagi membentuk pasukan sofbol yang mantap dab berdaya saing. 

PASUKAN SOFBOL MSSDT/2018

 

KEJOHANAN BADMINTON MSSD TEMERLOH 

TARIKH : 24 hingga 26 Januari 2018

TEMPAT : Dewan SJKC Mentakab 1

PENCAPAIAN : Penyertaan 

SUKAN/PERMAINAN : Kelab Badminton

GURU PENASIHAT : Pn. Kamarunnor bt Dollah

                           : Pn. Suzana Erni bt Ismail

Setiap awal tahun, sekolah akan menghantar wakil untuk menyertai kejohanan badminton MSSDT. Pada tahun ini, guru penasihat telah menghantar 12 orang murid untuk mewakili sekolah bagi kategori perempuan beregu B15, perempuan beregu B18, lelaki beregu B15 dan lelaki beregu B18. Murid-murid telah menjalani latihan pusat selama seminggu sebelum kejohanan di Gudang Beras Temerloh. Mereka telah dilatih oleh En. Saari yang banyak memberi tunjuk ajar untuk mereka mempunyai kemahiran bermain kerana peserta kita terdiri dari peserta amatur. Semoga dengan menyertai kejohanan ini dapat memberi pengalaman bermakna kepada mereka untuk terus berusaha lebih gigih dan terus berkembang dalam bidang kokurikulum. 

Pasukan Badminton Perempuan B15 dan B18

 

KEJOHANAN SMKT RUN 2018

JUMAAT, 19 Jan 2018 - Semua warga SMK Temerloh telah menyertai acara merentas desa atau lebih dikenali sebagai SMKT RUN yang merupakan acara wajib setiap tahun. Semua murid telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi dalam penglibatan aktiviti kokurikulum di sekolah.Terdapat tujuh kategori yang dipertandingkan:

Kategori Lelaki C,Perempuan C (T1 dan T2),

Kategori Lelaki B, Perempuan B (T3 dan T4),

Kategori Lelaki A, perempuan A (T5 dan T6)

Kategori Terbuka 

 Atas komitmen dan kesungguhan murid-murid yang diberikan, kemenangan telah dirangkul oleh Rumah Sukan Bendahara (Kuning), Naib Johan disandang oleh Rumah Sukan Syahbandar (Hijau), tempat ketiga disandang oleh Rumah Sukan Temenggung (Merah) dan tempat keempat Rumah Sukan Laksamana (Biru)

JOHAN KESELURUHAN SMKT RUN 2018 : Rumah Bendahara

Naib Johan : Rumah Shahbandar   

Sesi Pelepasan : Kategori Lelaki A oleh ASP. Mohd Irwan Ismawi bin Sapawi  

 

 

 Pelepasan Kategori Perempuan C

 

 

 Pelepasan Kategori Terbuka

 

 

 

 

Sesi pemanasan badan oleh Cik Zahira & pelajar Pra-U   

 

 Kerjasama mengawal lalu lintas bersama

Jabatan Pertahanan Awam Temerloh

 

 Orang kuat PA sistem

 

 

 

 

Team check point

 

 

 

 

JK Pendaftaran kategori terbuka

 

 BENGKEL HAFAZAN AL-QURAN

KONSEP NEUROFISIOLOGI (NADI AL BAGHDADI)


TARIKH : 13 Januari 2018

TEMPAT : Hotel Seri Malaysia, Temerloh

BIL PESERTA : 3 lelaki dan 3 perempuan

PERSATUAN : Pendidikan Islam

GURU PENASIHAT : Ustazah Madiha bt Mustafar & Ustazah Shahidah binti Othman

            BENGKEL HAFAZAN AL-QURAN

 

 

 


 

PENCAPAIAN KOKURIKULUM 2013:

AKTIVITI BERIMPAK TINGGI (JAN, FEB, MAC)

1. SMKTRUN 2013 kolaborasi PIBG: Sabtu, 26 Feb. di Padang SMKT. Penglibatan 1350 orang (murid, guru, staf & PIBG). Perasmian oleh YB Dato' Sharkar Shamsuddin, EXCO Kerajaan Negeri Pahang. Bermatlamat memupuk semangat kesukanan dan mendukung dasar 1M1S. (penyelarasan oleh Abdul Rahman Ibrahim, S/U 1M1S)

2. KURSUS KEPIMPINAN ORGANISASI KOKURIKULUM kolaborasi Permodalan Nasional Berhad. Sabtu, 2 Feb. di Dewan Kreatif. Penglibatan 150 orang AJK tertinggi (murid) Kelab, Persatuan & Badan Beruniform. Perasmian oleh YBhg Hj Osman Hassan, Pengetua Cemerlang SMKT. Bermatlamat melahirkan pemimpin muda yang mampu membawa organisasi mereka mencapai VISI SMKT Cemerlang 2014. (penyelarasan oleh Norshilawati Khalib, S/U Kokurikulum)

 3. PESTA PENDIDIKAN BERITA HARIAN kolaborasi NSTP Berhad, Selasa 19 Feb di Dataran SMKT. Penglibatan 2,000 murid, guru, wakil NGO/IPTS, agensi luar, ibubapa dan sekolah-sekolah sekitar. Perasmian oleh YBhg Tn. Hj. Razali Nordin, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah. Bermatlamat menambah pengetahuan dan daya kreativiti melalui aktiviti-aktiviti berunsurkan pendidikan aktif. (penyelarasan oleh Jamilah Ibrahim, S/U program)

4. KURSUS PENGENALAN LAMAN WEB SMKT, Sabtu 2 Feb di Makmal Komputer. Penglibatan 70 orang S/U (murid) unit-unit Kokurikulum SMKT. Perasmian oleh YBerusaha En. Ridhuan Mahussin, Penolong Kanan Kokurikulum. Bermatlamat mendedahkan murid kepada laman web SMKT sebagai platform penyampaian maklumat dan sumber rujukan. (penyelarasan oleh Azhari Hj Mohd Kassim, Administrator Laman Web SMKT)

5. UNGGUN 5, Perkhemahan Perdana Badan Beruniform SMKT, Jumaat - Ahad, 22,23 &24 Feb di ARENA SMKT. Penglibatan 450 orang murid, guru, staf, PIBG. Perasmian oleh YB Dato Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, berserta Datin. Turut hadir YBhg En Ab. Rahman Halib, Pegawai Pelajaran Daerah beserta isteri, En. Affendy Saad, Ketua Unit SPK, PPD Temerloh, Tn. Hj Sazali Abd Aziz, YDP PIBG & En Aziz Osman , Tim. YDP PIBG. Kunjungan khas oleh En. Zaini, Penyelia Bahasa, PPDT bersama Tn. Hj. Parudi, Pesuruhjaya Pengakap Daerah dan En Zawawi, Penolong Pengarah JPN Pahang. Bermatlamat sebagai medan memperkuat pasukan bagi menghadapi aktiviti-aktiviti diperingkat sekolah, daerah & negeri di samping membina disiplin dan daya tahan anggota badan beruniform.(penyelarasan oleh Arif Rozikin Abdul Razak, S/U Badan Beruniform)

6. GOTONG-ROYONG PERDANA MENANAM 60 BATANG BENIH KELAPA kolaborasi 3K & Panitia Pendidikan Sivik Kewarganegaraan. Sabtu, 23 Feb, di ARENA SMKT. Penglibatan 400 orang murid, guru & PIBG. Bermatlamat untuk meceriakan lanskap kawasan padang & Arena SMKT. (Penyelarasan oleh Arbain Ismail, S/U Padang & Gelanggang Permainan)

7. PENGELOLA KEJOHANAN TENIS MSSD TEMERLOH kolaborasi Pejabat Pendidikan Daerah, 28-30 Feb, di Gelanggang Tenis MPT & TNB. Perasmian oleh En. Shamsuddin b.Arshad, Penyelia Kanan Sukan, PPDT. Bermatlamat mencungkil bakat tenis dan memilih wakil daerah. (Penyelarasan oleh Abd Halim Hussien, Ketua Jurulatih Kelab Tenis SMKT)

8. PENGELOLA PERTANDINGAN PIDATO KPM & PIDATO PRA-U SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH TEMERLOH 2013 kolaborasi Pejabat Pendidikan Daerah, 5 Mac, di Dewan SMKT. Perasmian oleh En. Borhan Mat Taib, Ketua Unit Akademik PPD. Bermatlamat memartabat bahasa melayu melalui bakat berpidato di samping memilih wakil daerah. (Penyelaras - Cik Nor Akma Mohd)

9. KURSUS ASAS KADET PERTAHANAN AWAM SMKT, 27,28,1 & 2 Mac, di Dataran SMKT. Penglibatan 30 orang kadet. Perasmian oleh GPK Kokurikulum. Bermatlamat memberi kemahiran asas bantuan kecemasan, baca peta, kawad & survival. (Penyelaras - Zakaria Juahir)

10. KURSUS ASAS KADET BERSATU MALAYSIA SMKT, kolaborasi 7Rejimen Renjer Diraja Mekanis pada 1,2,9,10 Mac di Kem Bt.5. Penglibatan 62 ahli kadet. Perasmian oleh Pegawai Memerintah 7RRD. Bermatlamat memberikan kemahiran asas kawad, baca peta & senjata. (Penyelaras - Norfazilah Yusof)  

PENGLIBATAN MURID DALAM AKTIVITI LUAR (JAN,FEB, MAC)

1. KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSPAHANG - wakil daerah

2. KEJOHANAN TENIS MSSPAHANG - wakil daerah

3. KEJOHANAN PETANQ MSSPAHANG - wakil daerah

4. KEJOHANAN PINGPONG MSSD - saguhati

5. KEJOHANAN CATUR MSSD - saguhati

6. KEJOHANAN MEMANAH MSSPAHANG - wakil daerah

7. PERKHEMAHAN PENGAKAP KEBANGSAAN - wakil negeri

8. PERTANDINGAN PIDATO PRA-U - Johan & Naib Johan Daerah

9. PERTANDINGAN BAHAS - saguhati daerah

10. PERTANDINGAN FORUM REMAJA DAERAH - Johan

11. PESTA PANTUN DAERAH - Ketiga

12. KEJOHANAN FUTSAL "KOI ORANG TEMERLOH" - Johan Daerah

13. KEJOHANAN BOLA JARING "KOI ORANG TEMERLOH" - Naib Johan Daerah

14. KEJOHANAN BOLA KERANJANG "KOI ORANG TEMERLOH" - Ketiga Daerah  

 


PENCAPAIAN KOKURIKULUM 2012

Tahniah! Syabas! Terima kasih! atas kegigihan murid, komitmen guru penasihat, jurulatih & sokongan ibu bapa dalam melakar kejayaan memacu ke arah mencapai visi SMKT Cemerlang Pahang 2014!

1. BOLA SEPAK - JOHAN DAERAH ( B15)

2. FUTSAL - JOHAN DAERAH TEMERLOH

3. BOLA BALING - JOHAN DAERAH (P15)

4. LONTAR PELURU - JOHAN DAERAH (P18)

5. LOMPAT TINGGI - JOHAN DAERAH (L18)

6. BOLA KERANJANG - NAIB JOHAN DAERAH (L)

7. TENIS - JOHAN DAERAH TEMERLOH

8. MEMANAH - NAIB JOHAN DAERAH TEMERLOH

9. RENANG - NAIB JOHAN DAERAH

10. PIDATO- PNB JOHAN NEGERI PAHANG

11. FORUM REMAJA -JOHAN NEGERI PAHANG

12. PUISI & LAGU PUISI PERINGKAT NEGERI PAHANG

13. MEMANAH PERINGKAT NEGERI PAHANG

14. FUTSAL TEMPAT KE-3 PERINGKAT NEGERI PAHANG

15. RENANG PERINGKAT NEGERI PAHANG

16. TENIS PERINGKAT NEGERI PAHANG

17. KADET REMAJA SEKOLAH PERINGKAT NEGERI PAHANG

18. KADET PERTAHANAN AWAM PERINGKAT NEGERI PAHANG

19. SAYEMBARA SYAIR - NAIB JOHAN NEGERI PAHANG

20. PASUKAN KADET BERSATU MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN

21. PIDATO PNB - SAGUHATI PERINGKAT KEBANGSAAN DI JOHOR BAHRU

22. FORUM RAMAJA - SAGUHATI PERINGKAT KEBANGSAAN DI DBP, KUALA LUMPUR.

Last Updated on Wednesday, 03 October 2018 11:50

SENARAI ALUMNI TERDAFTAR

Hubungi Kami

Login Editor

Login Editor Berdaftar Sahaja.



Mengubahsuai artikel

Editor Web

    

    

   

  

Code Kami

 

Pautan

  

    

Free business joomla templates