Lawati FB SMKTLawati FB Kami

KELAB GURU

User Rating:  / 1
PoorBest 

MAJLIS LAMBAIAN KASIH SELAUT BUDI SEINDAH KENANGAN

ENCIK SHAARI BIN MOHD NOR

14 SEPTEMBER 2018(JUMAAT)

DATARAN PERHIMPUNAN


Majlis Lambaian Kasih Seindah Kenangan  diadakan untuk meraikan En. Shaari bin Mohd Nor yang merupakan salah seorang staf di SMK Temerloh .En. Shaari telah berkhidmat selama 23 tahun 6 bulan di SMKT. Beliau telah banyak berjasa dalam membantu organisasi sekolah baik dalam akademik mahupun kokurikulum. Pada tanggal 14 September 2018 merupakan hari terakhir beliau dalam perkhidmatannya.Warga SMK Temerloh mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa dan pengorbanannya dalam membantu kecemerlangan SMKT selama perkhidmatannya di sekolah ini. Semoga beliau mendapat ganjaran setimpal daripada Ilahi dan diberi kesihatan serta kekuatan pada masa akan datang dalam mendepani hari yang mendatang.

 

 

Air selasih dalam cawan,

Perca benang usah disiat,

Terima kasih budiman tuan,

Akan dikenang sepanjang hayat.



 

 


 

MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI

PN. HAJAH ASIAH BINTI HUSSIN

01 OGOS 2018 (RABU)

DATARAN PERHIMPUNAN

Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi diadakan untuk meraikan Pn. Hajah Asiah binti Husin yang telah menamatkan perkhidmatannya dalam bidang perguruan setelah hampir 34 tahun menabur bukti kepada anak bangsa. Pn. Hajah Asiah yang merupakan Guru Cemerlang Sains telah menabur bakti di SMK Temerloh hampir 9 tahun. Pada tanggal 31 Julai 2018 merupakan hari terakhir beliau dalam perkhidmatannya.Warga SMK Temerloh mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa dan pengorbanannya dalam membantu kecemerlangan SMKT selama perkhidmatannya di sekolah ini. Semoga beliau mendapat ganjaran setimpal daripada Ilahi dan diberi kesihatan serta kekuatan pada masa akan datang dalam mendepani hari yang mendatang.

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

JAMUAN HARI RAYA SMKT 2018

06 JULAI 2018


Kelab Guru  dan Staf SMK Temerloh telah mengadakan Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah 2018 pada 6 Julai 2018 bersamaan dengan hari Jumaat. Jamuan Hari Raya yang bertemakan "Indahnya Beraya di Desa" ini disambut dengan penuh ceria dan berwarna-warni. Semua pelajar dan guru meraikan dengan penuh gembira dan saling bermaafan. Ukhwah yang terjalin oleh semua warga SMKT ditonjolkan melaui sambutan yang penuh meriah dengan kerjasama daripada semua warga SMKT. Semoga sambutan Hari Raya ini akan menjadi aktiviti tahunan yang ditunggu-tunggu oleh warga SMK Temerloh.

 

 

 

 

 

 

 

 

Last Updated on Friday, 21 September 2018 08:49

SENARAI ALUMNI TERDAFTAR

DIARI SEKOLAH

AKADEMIK

JADUAL BENGKEL

HUJUNG MINGGU

 Lihat Jadual 

 

_________________________________

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

STPM

Lihat Jadual

_________________________________

KEM KECEMERLANGAN

STPM

Lihat Jadual

__________________________________

 

 

  • Kemaskini Terakhir: Sunday 07 October 2018, 13:25:30 PM.

Hubungi Kami

Login Editor

Login Editor Berdaftar Sahaja.



Mengubahsuai artikel

Editor Web

    

    

   

  

Code Kami

 

Pautan

  

    

Free business joomla templates