Lawati FB SMKTLawati FB Kami

AKADEMIK Pra-U

User Rating:  / 1
PoorBest 

MAJLIS PENGANUGERAHAN GURU INOVATIF STPM 2017

TEMPAT: JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

Pada April 2018,  GPK Tingkatan 6 SMK Temerloh, Encik Mt Zin Bin Abd Wahab telah menerima Anugerah Guru Inovatif STPM 2017. Anugerah ini telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang, Dr Haji Tajuddin Bin Mohd Yunus, SMP. Encik Mt Zin menerima anugerah tersebut diatas kejayaan beliau mereka cipta satu program Analisis Peperiksaan STPM yang diguna pakai oleh Setiausaha Peperiksaan STPM di peringkat Kebangsaan. Syabas dan tahniah diucapkan.

 

MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL PENGHARGAAN KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN STPM 2017

TEMPAT: JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

Pada bulan April 2018, Tuan Pengetua SMK Temerloh, Tn Haji Basirun Bin Abdullah Hasim dan GPK Tingkatan 6, Encik Mt Zin Bin Abd Wahab telah menghadiri majlis tersebut di JPN Pahang. SMK Temerloh telah menerima tiga sijil penghargaan yang cukup hebat dan bermakna buat semua barisan tenaga pengajar dan juga para pelajar Tingkatan Enam Kohort 2017 diatas segala usaha yang bersungguh-sungguh, dedikasi dan semangat juang yang jitu yang telah dicurahkan sepanjang tahun 2017.

Pencapaian manis yang telah berjaya dilakar oleh pasukan Tenaga Pengajar dan Pelajar Tingkatan Enam Kohort 2017 adalah:

1. Anugerah Peningkatan GPS 4 tahun berturut-turut (2013-2017)

2. Anugerah Kecemerlangan STPM 2017 Negeri Pahang (Tempat Pertama) Peringkat Kebangsaan

3. Anugerah Kualiti 4 Mata Pelajaran (Sejarah, Geografi, Kesusasteraan Melayu & Seni Visual) GPS Tertinggi Pahang

Syabas dan tahniah diucapkan. Semoga tahun 2018 melakarkan kejayaan yang lebih cemerlang bagi para pelajar tingkatan enam kohort 2018.

 

Last Updated on Saturday, 08 September 2018 11:47

SENARAI ALUMNI TERDAFTAR

DIARI SEKOLAH

AKADEMIK

JADUAL BENGKEL

HUJUNG MINGGU

 Lihat Jadual 

 

_________________________________

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

STPM

Lihat Jadual

_________________________________

KEM KECEMERLANGAN

STPM

Lihat Jadual

__________________________________

 

 

  • Kemaskini Terakhir: Sunday 07 October 2018, 13:25:30 PM.

Hubungi Kami

Login Editor

Login Editor Berdaftar Sahaja.



Mengubahsuai artikel

Editor Web

    

    

   

  

Code Kami

 

Pautan

  

    

Free business joomla templates